ALHAMDULILLAH TFHM ATAU THE FOUR HORSEMEN TERTUBUH PADA TAHUN 2009 NOVEMBER. ACARA PERTAMA KAMI BUAT ADALAH 13 WAYS TO BLEED ON STAGE DI EMBRACE HALL. 13 BAND DARI PELABAGAI GENRE DI UNDANG UNTUK PERFORM DI ACARA NI. IDEA UNTUK MENUBUHKAN TFHM NI TERCETUS DI TEMPAT KERJA. AKU (HARRIS) DAN EDDIE KERJA SEKALI DI SEBUAH KILANG DAN KAMI MEMANG HARI-HARI DUDUK DALAM PEJABAT AKU UNTUK DISKUS TENTANG MUZIK DAN SCENE KITA YANG SEMAKIN BERPECAH DAN MEMPUNYAI KELOMPOK DAN GOLONGAN TERSENDIRI. TAK MACAM SCENE DI TAHUN LEWAT 80’AN DAN 90’AN DIMANA DALAM SATU EVENT ADA SEMUA JENIS MUSIK DAN GENRE MUSIK. NAMA TFHM NI DICADANGKAN OLEH EDDIE SEBENARNYA DAN RAMAI YANG TAK TAHU PERKARA INI SEBAB YANG SELALU KE DEPAN ADALAH AKU. EDDIE LEBIH SUKA BERADA DI BELAKANG TABIR. JADI KAMI BERMULA BERDUA, AKU MEMEGANG TANGGUNGJAWAB SEBAGAI YANG PLANNING SEMUA EVENT , MENGURUSKAN KEWANGAN DAN LOKASI. EDDIE AKAN URUSKAN BAND, DAN PERJALANAN EVENT. MACAM TU LAH SELAMA BERTAHUN-TAHUN. KEMUDIAN KAMI MENDAPAT BANTUAN DARI RAKAN-RAKAN UNTUK MENJADI CREW ANTARANYA LEE METALLER, BAD, Q-ROLL (DESIGNER KAMI) , ALLAHYARHAM DHO DAN PIO. NI ANTARA YANG TERAWAL SUPPORT PERGERAKAN TFHM SAMPAI LAH SEKARANG. MASA TERTUBUHNYA TFHM NI, RAMAI JUGA YANG KURANG SENANG DENGAN KEHADIRAN KAMI. TAPI KAMI TAK AMBIL PEDULI SANGAT SEBAB TUJUAN NYA ADALAH UNTUK MEMBERIKAN PLATFORM PADA BAND-BAND YANG KAMI MINAT, SUKA DAN BAGUS TAPI TAK MENDAPAT PELUANG UNTUK PERFORM SEBAB MEREKA BUKAN BERADA DI DALAM CLIQUE ATAU KELOMPOK TERTENTU. SO KAMI NI MACAM MENONGKAH ARUS LAH JUGA, BUAT MUKA TEBAL DAN HENJUT SAHAJA. MUNGKIN SAMPAI SEKARANG PUN MASIH ADA YANG KURANG SENANG HAHAHAHAHA. TFHM ADALAH SEBUAH LABEL YANG BERGERAK SEPERTI BADAN NGO. KAMI MENYEDIAKAN PLATFORM UNTUK SEMUA BAND DARI SEMUA GENRE YANG SERIUS UNTUK MEMAJUKAN MUSIK MEREKA TAPI TIDAK MENDAPAT PELUANG DAN TFHM TIDAK DITUBUHKAN ATAS DASAR PERNIAGAAN JADI URUSAN DUIT, KEUNTUNGAN DAN YANG BERKAITAN TIDAK PERNAH DIUTAMAKAN. JADI SEMUA BAND YANG DEAL DENGAN TFHM TAHU AKAN STATUS INI. INI YANG MENJADI ASAS PERGERAKAN TFHM.
2 - Dimana TFHM berpusat?
TFHM BERPUSAT DI JOHOR. SECARA TEPATNYA DI PASIR GUDANG SEBAB AKU, EDDIE TINGGAL DI PASIR GUDANG. WALAUPUN AKU BERASAL DARI KEDAH DAN EDDIE DARI PAHANG TAPI KAMI DAN KELUARGA KAMI MENCARI REZEKI DI JOHOR BERBELAS TAHUN. AKU SENDIRI MEMBESAR DI JOHOR .
3 - Band2 yang bernaung di bawah TFHM?
SEKARANG KITA ADA DUA SETUP UNTUK TFHM IAITU TFHM DAN TFHM ASIA. TFHM ADALAH UNTUK MEMBANTU BAND-BAND YANG BERNAUNG DENGAN TFHM DI MALAYSIA DAN TFHM ASIA MEMBANTU DAN MEMBENTUK JARINGAN DENGAN BAND-BAND DILUAR MALAYSIA.
BAND-BAND DIBAWAH TFHM :
1. PREDICATE NOT DEFINED
2. MADDAME
3. ATROCIOUS
4. CHANDELIERS ABLAZE
5. TONGUE TWISTER
6. SACWRATH
7. DEMORFORESSUS
8. ENDZEIL
9. NOTHING UNDERNEATH
10. WHORE HOUSE BUTCHERY
11. ASILENT
BAND-BAND DIBAWAH TFHM ASIA :
1. BESIDE – BANDUNG, INDONESIA
2. DEVADATA – SURABAYA, INDONESIA
3. FEAR THE SETTING SUN – BRISBANE, AUSTRALIA
4. WYNKEN DELIRIUM – JOHOR, MALAYSIA
5. HAMMERHED – OULU, FINLAND
ALHAMDULILLAH KAMI DAPAT SUPPORT DARI RAKAN-RAKAN DISELURUH MALAYSIA YANG NAMPAK APA YANG KAMI BUAT DENGAN TFHM DAN RAMAI YANG BERMINAT UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARI GERAKAN TFHM. MENJADI SEBAHAGIAN TFHM TIDAK MENDAPAT PULANGAN DUIT ATAU APA PUN CUMA SEKADAR KITA SEMUA DAPAT MENYUMBANG UNTUK PEMBANGUNAN SCENE SECARA AMNYA. SECARA FIZIKAL KITA TELAH DAPAT MELIBATKAN DIRI DENGAN BAND, VENUE DAN MEMBANTU DEVELOP VENUE, PERALATAN VENUE DAN LAIN-LAIN YANG BERSANGKUTAN DENGAN BAND, EVENT DAN VENUE.
TFHM UTARA : AZWIE (PREDICATE NOT DEFINED), ARIFF (1300)
TFHM SENTRAL : DIN JIBAM (TONGUE TWISTER), ASRI (SACWRATH)
TFHM JOHOR : HARIZAL (DEMORFORESSUS) , ABU (FREEKTURE)
TFHM SARAWAK : ANDY SAPAWI , SHERMAN
TFHM SINGAPURA : EZEKIEL RODRIGEZ (REVEL)
TFHM INDONESIA : BODAS (DEVADATA)
TFHM AUSTRALIA : HENRY WONG (FEAR THE SETTING SUN)
TFHM EUROPE : AKI HAKKINEN (QUAKE THE EARTH, WYNKEN DELIRIUM)
DAN KITA JUGA ADA JARINGAN NETWORKING YANG MERUPAKAN RAKAN KERJA KAMI UNTUK MEMBANTU MEMBAWA DAN MEMPROMOSI BAND-BAND DI BAWAH NAUNGAN TFHM ATAU SAHABAT KAMI.
TFHM AFFILIATES:
JOE HENLY (REVILEMENT) – TAIWAN
KAMRAN ATTA – METAL ASIA, DUBAI, UAE
JIN SU (GWAMEGI) – BUSAN, KOREA
DAN KAMI AKAN TERUS MENJALINKAN NETWORKING DAN BARTER TRADE EVENT DAN BAND DENGAN SAHABAT-SAHABAT KAMI DI LUAR MALAYSIA UNTUK MEMBANTU SETIAP BAND YANG BERGERAK SECARA INDEPENDENT AGAR MEREKA DAPAT BERGERAK DAN MENONJOLKAN MUSIK MEREKA KE ARENA INTERNASIONAL.
5 - Adakah TFHM hanya tertumpu kepada aktiviti persembahan pentas sahaja?
DI AWAL PENUBUHAN MEMANG TFHM TERTUMPU HANYA PADA PERSEMBAHAN SAHAJA. TAPI SEKARANG KAMI TELAH PUN MEMBUAT BAND TOURING UNTUK BAND DI BAWAH NAUNGAN TFHM ATAU MANA-MANA BAND ATAU ORGANISER YANG MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK MELAKUKAN TOUR UNTUK BAND-BAND YANG DATANG. SELAIN DARI ITU, KAMI JUGA TELAH PUN BERGERAK KE KANCAH PENJUALAN MERCHANDISE SEPERTI T SHIRT, PATCHES DAN LAIN-LAIN YANG KAMI PRINT DENGAN RAKAN-RAKAN BAND TFHM SEPERTI BEBY (BESIDE) YANG MEMPUNYAI PERUSAHAAN PERCETAKAN T SHIRT DI BANDUNG, BODAS DI SURABAYA. KAMI JUGA ADA MENAWARKAN KHIDMAT DESIGN MELALUI RAKAN-RAKAN DESIGNER TFHM KAMI SEPERTI Q-ROLL (Q-GRAPHIXXX), BARON (RIAU).
UNTUK RECORDING, KAMI MEMBANTU DENGAN MEMBERI NASIHAT PERSEDIAAN PADA BAND-BAND MUDA SECARA PERCUMA DAN MEMBANTU MEREKA MENCUBA LOKASI RECORDING YANG BAIK SEPERTI TUNE STUDIO DENGAN HARGA YANG MAMPU MILIK. DAH BUNYI MACAM AHLI POLITIK ATAU PERNIAGAAN DAH NIH HAHAHAHAA.
6 - Sejauh mana TFHM terlibat didalam penghasilan sesebuah produk band2 yang bernaung di bawah TFHM?
KAMI TERLIBAT LEBIH SEBAGAI PERANTARA ATAU PENASIHAT SAHAJA. KAMI LEBIH KEPADA MENGGALAKAN AGAR BAND TERSEBUT MELAKUKAN SEMUA URUSAN PENGHASILAN PRODUK BAND SAMADA DARI SEGI RAKAMAN ATAU MERCHANDISE SECARA DIY. INI PENTING AGAR BAND MELAKUKAN NYA SECARA SENDIRI. INI JUGA AKAN MEMBERIKAN RUANG PADA BAND DAN AHLI BAND UNTUK MELIHAT SEJAUH MANA MEREKA SERIUS DENGAN BAND MEREKA, MUSIK MEREKA DAN SEMUA YANG BERSANGKUTAN DENGAN URUSAN BAND MEREKA. KAMI ADA JUGA SESEKALI MEMBANTU BAND UNTUK MENDESIGN ATAU MEM”PRINT” T SHIRT MEREKA SEBAGAI PERMULAAN. INI SEMUA SEBAGAI IMBUHAN INISIATIF BAND TERSEBUT. HASIL JUALAN AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI TFHM DAN SEMUA BAND YANG BERNAUNG DENGAN TFHM. JADI , SECARA RINGKAS, DUIT YANG TERHASIL AKAN BERBALIK KEPADA PROSES PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN BAND DAN TIDAK DIAMBIL OLEH MANA-MANA INDIVIDU DI DALAM TFHM.
7 - Adakah TFHM mempunya kelengkapan studio rakaman dan kakitangan teknikal sendiri didalam penghasilan sesebuah produk rakaman?
KAMI TIDAK MEMPUNYAI KELENGKAPAN STUDIO RAKAMAN ATAU TEAM TEKNIKAL SECARA SENDIRI. SEBALIKNYA KAMI MEMPUNYAI RAKAN KERJA YANG KAMI AKAN PERKENALKAN UNTUK BAND ATAU MANA-MANA BAND YANG BERMINAT SEPERTI VENUE EVENT, KITA ADA STOPZONE GIG HALL/STUDIO DI JOHOR, PENNYLANE STUDIO DI KUALA LUMPUR, AZIMAT STUDIO DAN SOUL STUDIO DI KEDAH DAN LAIN2 STUDIO ATAU VENUE GIG YANG SEDIA ADA.
UNTUK RAKAMAN, KITA SELALUNYA MENGGUNAKAN PRASARANA YANG SEDIA ADA DI HOME STUDIO KAMI SEPERTI CHICKEN COOP STUDIO (ZAIHAS WYNKEN DELIRIUM), TONY TUNE GARAGE (TONY SPIDER) ATAU TUNE STUDIO DI HARBOUR MALL. MEREKA MAMPU MEMBERIKAN KHIDMAT NASIHAT DAN RAKAMAN YANG BERSESUAIAN DENGAN BUDGET SETIAP BAND.
8 - Boleh nyatakan adakah TFHM merupakan sebuah production house, event management, ejen tour?
TFHM LEBIH MERUPAKAN EVENT MANAGEMENT DAN EJEN TOUR. KAMI LEBIH BERARAH KE ARAH PEMBANGUNAN BAND MELALUI TOUR DAN JUGA SHOW.
KAMI JUGA MASIH DI DALAM PERANCANGAN UNTUK MEMULAKAN TFHM RECORDS UNTUK MEMBANTU BAND-BAND DI BAWAH NAUNGAN KAMI MENGHASILKAN ALBUM DAN MEMPROMOSIKAN ALBUM-ALBUM MEREKA. ITU MUNGKIN NANTI AKAN DIKETUAI OLEH EDDIE.
9 - Bagaimana pemilihan atau kriteria band2 yang layak untuk bernaung di bawah TFHM?
SEBENARNYA TAK ADA KRITERIA PUN NAK BERGABUNG DENGAN TFHM. APA YANG KAMI SELALU LAKUKAN ADALAH BERDISKUSI DENGAN AHLI BAND DAN MELIHAT SEJAUHMANA MEREKA SERIUS UNTUK MUSIK MEREKA DAN KEMUDIAN SEJAUH MANA MEREKA SANGGUP MENYUMBANG BUAT PEMBANGUNAN SCENE INDEPENDENT KITA.
TFHM MENGGUNAKAN KONSEP “BARTER TRADE”. DALAM BAHASA YANG MUDAH SISTEM PERTUKARAN, KAMI BANTU BAND DAN BAND JUGA MEMBANTU KAMI. SEMUA INI DILAKUKAN DENGAN PERBINCANGAN AWAL DAN TIADA PAKSAAN. SEKALI PUN BAND TERSEBUT TIDAK DAPAT MEMBANTU, KAMI TIDAK MEMISAHKAN MEREKA ATAU MENYISIHKAN MEREKA. MACAM TEORI FIZIK NEWTON, SEKUAT MANA TENAGA YANG DIBERIKAN, MEREKA AKAN DIBERIKAN TENAGA YANG SAMA DARI PIHAK KAMI.
DI DALAM MENDIDIK DAN MEMASTIKAN GENERASI MUDA SCENE KITA TERUS BERGERAK, INI PERLU DITEKANKAN SUPAYA SCENE TERUS MAJU DAN TIDAK LAYU SEPERTI MANA YANG BERLAKU DI DALAM SCENE ARUS PERDANA. SEMUA NYA DISEDIAKAN DAN DIBERIKAN TETAPI HANYALAH BERSIFAT SEMENTARA. SELEPAS TREND TERSEBUT BERAKHIR, BAND-BAND TERSEBUT SEPI DAN LAYU.
10 - Adakah band2 yang berada di bawah naungan TFHM yang baru merilis sesebuah material (EP atau album penuh) akan dijanjikan promosi seperti launching party atau mini tour?
IN SHAA ALLAH, SETIAP BAND YANG BERNAUNG DENGAN TFHM AKAN DIBERIKAN EXPOSE YANG SECUKUPNYA DI SERATA LOKASI YANG TFHM BERGERAK DAN MEMPUNYAI SAHABAT ATAU NETWORKING SELAGI BAND TERSEBUT BERUSAHA DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.
LOKASI-LOKASI YANG KAMI MEMPUNYAI SAHABAT DAN NETWORKING ADALAH SEPERTI :
1. STOPZONE GIG HALL – LARKIN IDAMAN, LARKIN, JOHOR
2. MALACCA MUSIC COMMUNITY – UTC, BANDAR MELAKA
3. PENNYLANE GIG HALL – SUNWAY MENTARI, KUALA LUMPUR
4. AZIMAT STUDIO – SG PETANI , KEDAH
5. SOUL STUDIO – KULIM, KEDAH
6. PINK NOIZE – SINGAPORE (MELALUI TFHM SINGAPORE)
7. KUCHING, SARAWAK MELALUI TFHM SARAWAK
ATAU LOKASI YANG MEMANG MENYEDIAKAN KHIDMAT VENUE GIG SEPERTI :
1. SHALIEN STUDIO – KUANTAN PAHANG
2. MUSECA STUDIO – DUNGUN, TERENGGANU
KAMI JUGA AKAN MENGANJURKAN ROAD TOUR MELALUI PROGRAM “TYRANNY OF EIGHT TOUR” , REVOLUTION TOUR ATAU FATAL 4-WAY TOUR YANG JUGA MEMBAWA BAND-BAND UNTUK MELAKUKAN TOUR SINGKAT 3 HARI JUMAAT, SABTU DAN AHAD DENGAN MENGGUKAN BAS. SECARA RINGKAS, BAND DAPAT MERASAKAN SUASANA TOURING DAN APA YANG PERLU MEREKA SEDIAKAN UNTUK TOURING DAN MEMANTAPKAN PERSEMBAHAN MEREKA.
11 - Sebarang kontrak atau agreement hitam putih kepada band yang bernaung di bawah TFHM?
NO CONTRACT ATAU HITAM PUTIH. LEBIH PADA GENTLEMEN AGREEMENT DAN MUTUAL RESPECT. INI ADALAH KERANA KEJUJURAN DIDALAM BERKARYA DAN MENYUMBANG BUAT PEMBANGUNAN SCENE ITU PERLU KEJUJURAN. KALAU SIMPLE AGREEMENT YANG DIJALINKAN DENGAN RASA HORMAT TIDAK DAPAT DIHORMATI, APATAH LAGI PERJANJIAN YANG MELIBATKAN PERINCIAN DAN DETAIL YANG TERTULIS. MEREKA BEBAS UNTUK DATANG DAN PERGI SECARA SUKARELA. KAMI DI TFHM MERASAKAN INI ADALAH MODUS OPERANDI YANG SESUAI DENGAN TFHM SEBAB KAMI TIDAK DITUBUHKAN BERASASKAN MONETORY GAIN ATAU KEUNTUNGAN.
12 - Perbezaan antara gig2 dahulu dan sekarang paling jelas iaitu kuantiti band2 yang terlibat. Jika dahulu untuk satu2 gig hanya sekitar 5-6 band sahaja terlibat, namun kini jumlah band terlibat dalam satu2 gig kadangkala melebihi 10 ke 12 band. Apa pendapat TFHM berkenaan senario ini? Adakah kuantiti mempengaruhi kualiti sesebuah gig yang dianjurkan tersebut?
SECARA AMNYA, KAMI LEBIH SUKA MULTI GENRE DENGAN JUMLAH BAND YANG SEDERHANA. KEBIASAAN NYA KAMI MENJALANKAN ACARA KAMI, KALAU MELIBATKAN BAND YANG SUDAH MEMPUNYAI FOLLOWER DAN NAMA, JUMLAH BAND TERLIBAT DI DALAM EVENT TERSEBUT SEKITAR 6-7 BAND SAHAJA. INI KERANA KITA HENDAK MEMBERIKAN BAND YANG PERFORM WAKTU YANG CUKUP DAN SESUAI DENGAN STATUS MEREKA. JUGA KERANA MEREKA PUNYA MATERIAL YANG CUKUP CONTOHNYA UNTUK MEMENUHI SLOT 40 MINIT.
JIKA KAMI MENGANJURKAN ACARA UNTUK BAND-BAND BARU YANG MUNGKIN PUNYA JUMLAH LAGU SENDIRI YANG SEDIKIT ATAU MASIH DI DALAM DEVELOPMENT PROGRAM, KAMI AKAN SEDIAKAN 10 BAND DI DALAM ACARA TERSEBUT TETAPI TIDAKLAH SAMPAI 15-20 BAND. KERANA KALAU TERLALU BANYAK BAND, PENGURUSAN MASA DAN ACARA AKAN MENJADI SANGAT RUMIT KERANA ISU-ISU SEPERTI DISIPLIN BAND YANG LEWAT DATANG WALAUPUN TELAH DIPESAN UNTUK BERADA DI VENUE AWAL. KEDUA KECEKAPAN MEREKA UNTUK SET UP DI STAGE DAN LAIN-LAIN URUSAN WAKTU.
SECARA RINGKAS, MELIHAT KEADAAN DAN BAND TETAPI SEBENARNYA LEBIH WAJAR BAND YANG SEDERHANA JUMLAHNYA DAN TIDAK TERLALU BANYAK. KUANTITI TIDAK MEMPENGARUHI KUALITI TETAPI KUALITI BAND YANG DIPILIH UNTUK ACARA TERSEBUT YANG AKAN MENGHASILKAN KUALITI EVENT YANG DIANJURKAN. YANG LEBIH PENTING ADALAH SUASANA YANG DI SEDIAKAN OLEH PENGAJUR DAN JUGA BAND TERLIBAT DI DALAM SESUATU ACARA DAN JUGA KEPELBAGAIAN MUSIK YANG DISEDIAKAN DAN TIDAK BERARAH PADA SATU GENRE SAHAJA. KERANA SELEPAS BEBERAPA BAND, SUASANA EVENT AKAN MENJADI HAMBAR KERANA MUSIK YANG SAMA DENGAN CARA PENYAMPAIAN YANG HAMPIR SERUPA.
13 - Juga apa pendapat TFHM berkenaan venue2 gig sekarang yang lebih kepada studio2 jamming?
KAMI ADALAH PEMINAT VENUE GIG SEDERHANA/KECIL SEPERTI STUDIO GIG HALL YANG BERKAPASITI SECARA AMNYA SEKITAR 100 ORG. HAKIKATNYA, MUSIK YANG DISEDIAKAN CUMA MENARIK MINAT SEJUMLAH KECIL DARI PENGUNJUNG SCENE DISEBABKAN OLEH SUSANA POLITIK DAN SIFAT “CLIQUE” YANG SEDIA WUJUD DI DALAM SCENE KITA. SAMADA KITA SUKA ATAU TIDAK INI ADALAH HAKIKAT.
SEMUA ORGANISER ATAU LABEL MEMANG INGIN UNTUK MENJALANKAN EVENT MEREKA DILOKASI YANG BAGUS SEPERTI BLACKBOX SOLARIS , LIFE CENTER, KL DAN LOKASI-LOKASI HEBAT DISEKITAR NEGARA KITA. TETAPI KOS PENGAJURAN YANG TERLALU TINGGI DAN KEHADIRAN YANG KECIL TIDAK MENGGALAKAN UNTUK PENGAJUR MENJALANKAN ACARA MEREKA DI LOKASI TERSEBUT. BUKAN MENYALAHKAN SESIAPA TETAPI ITU HAKIKAT SEBENAR SCENE KITA.
JADI, DENGAN KOS YANG TINGGI, LOKASI-LOKASI TERSEBUT MENYEBABKAN KOS DITRANSFER KEPADA PEMBELI TIKET. TUAN PUNYA VENUE YANG BAGUS TERSEBUT TIDAK MEMIKIRKAN PEMBANGUNAN SCENE TETAPI LEBIH KEPADA BUSINESS. JADI SAMADA PENGANJUR MAMPU ATAU TIDAK, MEREKA TETAP HARUS MELANGSAIKAN TUNTUTAN BAYARAN VENUE DAN PERALATAN YANG MAHAL.
KELEBIHAN TUAN PUNYA VENUE STUDIO GIG HALL, HARGA YANG SEDERHANA DAN MAMPU MILIK SERTA LOKASI YANG SESUAI DAN DENGAN KELUASAN YANG LEBIH SESUAI DENGAN JUMLAH SEBENAR KEHADIRAN CROWD. HARGA BERPATUTAN MEMBOLEHKAN HARGA TIKET YANG SEDERHANA DAN JAUH LEBIH MURAH. TFHM SECARA PERIBADI BANYAK MEMBANTU UNTUK DEVELOP VENUE STUDIO HALL SEPERTI STOPZONE DI JOHOR, SOUL STUDIO DI KULIM, PENNYLANE DI KUALA LUMPUR ATAU UNIVERSITI OF ROCK DI SUBANG ATAU SEBELUM INI FLYING ROCK DI KUCHING. PADA KAMI, INI ADALAH SCENE SEBENAR KITA
KAMI AKAN TERUS MENGGUNAKAN KHIDMAT STUDIO GIG HALL DAN MUNGKIN DI MASA DEPAN TIDAK MUSTAHIL KAMI AKAN MEMPUNYAI STUDIO GIG HALL YANG TERSENDIRI SEBAB ITU MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI PERANCANGAN KAMI.
14 - TFHM turut terlibat dalam penyediaan platform kepada band2 di bawah naungan untuk beraksi luar dari Malaysia. Boleh nyatakan kerjasama2 yang dijalin antara TFHM bersama label atau organizer luar negara?
YA ALHAMDULILLAH KAMI DAPAT MENJALINKAN NETWORKING DAN PERSAHABATAN DENGAN BANYAK BAND-BAND LUAR YANG JUGA SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG TELAH MENJADI FAMILI TFHM DAN WAKIL TFHM DI TEMPAT MEREKA. SISTEM YANG SAMA KAMI GUNAKAN IAITU SISTEM BARTER DIMANA KITA SALING MEMBANTU DAN SUPPORT MEREKA KETIKA MEREKA DI MALAYSIA ATAU JIKA ANTARA BAND-BAND TFHM KE TEMPAT MEREKA.
KITA ADA TEAM KITA DI BRISBANE, AUSTRALIA DENGAN KERJASAMA ANTARA TFHM DENGAN FEAR THE SETTING SUN (BAND) MELALUI HENRY WONG. JUGA KITA ADA JOE HENLY DI TAIWAN, DIMANA BELIAU TELAH MEMBANTU WYNKEN DELIRIUM MEMBUAT PERSEMBAHAN DI TAIWAN TAHUN LEPAS. DI INDONESIA KITA ADA BEBY (DRUMMER DARI BAND BESIDE DARI BANDUNG), BODAS DAN DAS MERCH DI SURABAYA, KITA JUGA ADA KERJASAMA DENGAN LAKFAH SARSAKUL DARI BAND CARNIVORA BERPENGKALAN DI BANGKOK THAILAND. BELIAU MERUPAKAN VOKAL UTAMA DAN GITARIS DAN PENGASA BAND CARNIVORA DAN TUAN PUNYA IMMORTAL BAR.
Hellprint 2013 - Monster of Noise
15 - Adakah TFHM punya perancangan dalam penghasilan produk kompilasi yang melibatkan band2 naungan TFHM?
SEBENARNYA MEMANG ADA PERANCANGAN DAN BEBERAPA TAHUN LEPAS KITA TELAH MEMBUAT KOMPILASI TERSEBUT CUMA WAKTU ITU DENGAN FAKTOR KEWANGAN DAN LAIN-LAIN, KITA TIDAK MERILISKAN KOMPILASI TERSEBUT.
IN SHAA ALLAH, EDDIE YANG MENGETUAI TFHM RECORDS AKAN BERGERAK UNTUK MELANCARKAN KOMPILASI ALBUM TFHM DI DALAM WAKTU TERDEKAT.
ANTARA EVENT TERBESAR YANG KAMI ANJURKAN ADALAH SOUTHERN METAL ASSAULT IAITU ACARA TAHUNAN METAL DI JOHOR DAN JUGA TOUR FATAL 4-WAY YANG MELIBATKAN BAND-BAND DARI AUSTRALIA, INDONESIA, MALAYSIA DAN SINGAPURA.
17 - Terkini, isu kegagalan show2 besar yang melibatkan band2 jemputan antarabangsa yang sudah punya nama yang besar. Sebagai penggiat persembahan pentas yang agak aktif, apa pendapat TFHM berkenaan perkara ini?
SEJUJURNYA KEHADIRAN CROWD DI MANA-MANA EVENT SAMADA BAND BESAR ATAU BAND BIASA DI MALAYSIA ADALAH BERGANTUNG PADA TREND. ITU ADALAH HAKIKAT MASA KINI. PENGUNJUNG GIG ATAU EVENT ADALAH MEREKA DARI GOLONGAN REMAJA DAN MUDA SEKITAR UMUR BELASAN TAHUN KE AWAL KE PERTENGAHAN 20-AN. INI DEMOGRAFIK CROWD EVENT.
YANG PERLU DITITIKBERATKAN ADALAH PERSEDIAAN DAN JUGA NIAT MENGANJURKAN EVENT TERSEBUT. BAGI PIHAK TFHM, ATAS DASAR PEMBANGUNAN SCENE, MAKA KAMI BERPAKSIKAN ACARA UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN SCENE DAN BAND. ACARA KAMI DI BUAT BERKISAR OBJEKTIF TERSEBUT DAN KEHADIRAN CROWD JUGA TERGANTUNG PADA DASAR ASAS DAN OBJEKTIF PENGAJURAN. SECARA AMNYA. SCENE MALAYSIA ADALAH KECIL UNTUK MUSIK KERAS DAN KITA TIDAK DAPAT MENAFIKAN KEJAYAAN INDOENSIA DI DALAM PENGANJURAN ACARA-ACARA MUSIK INDEPENDEN MEREKA. APA YANG HARUS KITA LAKUKAN ADALAH TERUS MENGANJURKAN ACARA, MEMBANGUNKAN SCENE DAN APABILA SCENE KITA SIHAT DAN BERDAYA SAING, DENGAN SECARA AUTOMATIK, SETIAP PENGANJURAN ACARA, SAMADA BESAR ATAU KECIL PASTI AKAN BERJAYA.
18 - Beberapa band tempatan seperti Humiliation, Daighila, Tools of the Trade, Second Combat antara nama2 yang telah menempah pengalaman dalam menjayakan tour sehingga Eropah, malah beberapa nama lagi seperti Predicate Not Defined turut pernah menjelajah Indonesia, juga Wynken Delirium sendiri ada mengadakan tour di Filipina. Pada kami di DtE, mungkin TFHM merupakan antara oragnisasi yang memberi peluang kepada band tempatan untuk melakukan tour luar dari Malaysia. Apakah nasihat2 sebagai persediaan kepada band2 yang bakal melangkah kaki keluar dari Malaysia untuk menghancurkan pentas2 persembahan di luar sana?
SECARA RINGKAS DAN JUJUR, PREKTIS, PREKTIS DAN PREKTIS. YAKIN DENGAN MUSIK BAWAAN MEREKA, JUJUR DENGAN DIRI SENDIRI DAN SENTIASA MERENDAH DIRI DENGAN SEMUA. TIADA JALAN SINGKAT UNTUK MELANGKAH KELUAR KERANA BAND-BAND DILUAR SANA SANGAT HEBAT DAN BAND-BAND KITA JUGA TIDAK KURANG BAIK NYA. SELAIN DARI ITU, JARINGAN ATAU NETWORKING DAN SIFAT SALING MEMBANTU DAN SUPPORT SYSTEM YANG POSITIF AKAN MEMBANTU UNTUK SETIAP BAND MENDAPAT RUANG DAN PELUANG MEMBUAT PERSEMBAHAN DI LUAR NEGARA.
19 - Salah satu permasalahan dalam kontek sambutan atau kedatangan crowd ke sesebuah gig adalah konsep gig itu sendiri. Contohnya band2 yang membawa fahaman tertentu (seperti Nazi contohnya) akan menyebabkan kurang sambutan pada penganut fahaman bertentangan. Apa pendapat TFHM berkenaan hal sedemikian?
KAMI DI TFHM MENNGHORMATI SETIAP FAHAMAN ATAU PEMBAWAAN. KAMI MUNGKIN TIDAK BERSUTUJU DENGAN FAHAMAN ATAU PEMBAWAAN SESUATU KELUMPUK PEMINAT, PENGIKUT ATAU BAND TETAPI ITU ADALAH HAK BERSUARA MEREKA, THAT IS UNDERGROUND. THAT IS WHAT BEING INDEPENDENT IS ALL ABOUT. PELUANG DAN RUANG UNTUK MENYATAKAN PENDAPAT MEREKA DAN MENYUARAKAN ISI HATI MEREKA.
SETIAP KELUMPUK DAN FAHAMAN ADA PENGIKUT MEREKA SENDIRI, YANG PENTING MEREKA SUPPORT PERGERAKAN MEREKA DAN BAND-BAND YANG BERADA DI DALAM PERGERAKAN TERSEBUT. SEPERTI YANG KAMI KATAKAN DIAWALNYA, KAMI TIDAK MENGHALANG FAHAMAN ATAU MEMINGGIRKAN FAHAMAN YANG TIDAK SEALIRAN DENGAN APA YANG KAMI PERJUANGANKAN KERANA ITU ADALAH HAK PERIBADI MEREKA.
KALAU KITA PERHATIKAN, CROWD GIG CONTOHNYA MENYAMBUNG KESINAMBUNGAN CONTOH DARI DTE IAITU NAZI, CROWD MEREKA SENTIASA RAMAI DI ACARA YANG MEREKA ANJURKAN DENGAN BAND-BAND SEALIRAN MEREKA ATAU GIG-GIG CRUSTY/PUNK JUGA MERIAH. ITU YANG PENTING, SUPPORTER MEREKA SUPPORT GERAKAN DAN BAND-BAND SEALIRAN. KALAU KITA LIHAT KEPADA GERAKAN INDEPENDENT YANG LAIN CONTOHNYA, METAL, KITA MASIH AGAK TERPISAH KERANA PERKEMBANGAN JENIS MUSIK METAL ITU SENDIRI. OLD SCHOOL METAL ATAU METAL YANG TERDEFINISI SELAMA INI TIDAK AKAN SUPPORT DAN MENDENGAR MUSIK-MUSIK METAL ALIRAN BARU SEPERTI METALCORE ATAU NU-METAL ATAU MUSIK YANG TERHASIL DARI PERCAMPURAN ANTARA UNSUR-UNSUR LAIN DENGAN METAL. APAKAH IANYA SALAH, TIDAK SAMA SEKALI. IA CUMA SEKADAR PERBEDAAN PENDAPAT DAN TAHAP KESELESAAN. SO, HASILNYA, CONTOHNYA JIKA BAND YG PERFORM ITU SEPERTI AVENGED SEVENFOLD, BMTH DAN SEANGKATAN, CUMA GOLONGAN MUDA OR TRENDY YANG AKAN HADIR. KALAU KITA ADA DESTRUCTION, KREATOR ATAU NAPALM DEATH, HANYA SENIOR DI DALAM SCENE DAN SEJUMLAH KECIL PENGGEMAR MUDA YANG AKAN HADIR.
ANYWAY, ITU OPINION KAMI DAN HASIL PANDANGAN DARI KAMI. MUNGKIN SALAH, MUNGKIN ADA KEBENARAN. KITA KENA SAMA-SAMA KAJI BALIK APA YANG KITA MAHU DENGAN SCENE KITA DAN APA YANG KITA MAHU DENGAN BAND-BAND DI DALAM SCENE KITA.
20 - Faktor2 lain pada pengamatan TFHM yang boleh menyebabkan sesebuah gig itu dikira gagal?
KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN BAHAWA PENGANJURAN GIG ITU GAGAL. KERANA BUAT ORGANISER YANG MERANCANG DAN PLANNING GIG TERSEBUT, BERJAYA MENJALANKAN NYA SUDAH DIKIRA BERJAYA. PENGANJURAN SESEBUAH EVENT BUKAN LAH MUDAH DAN MEMERLUKAN PENGORBANAN YANG AMAT BESAR DARI SEGI WAKTU, KEWANGAN DAN TENAGA KERJA. JANGAN KITA LIHAT KEJAYAAN CUMA DARI SEGI KEHADIRAN DAN KEBERUNTUNGAN SAHAJA.
PERSEDIAAN PENGAJUR, BAND-BAND YANG HADIR DAN CROWD YANG HADIR, ITU MERUPAKAN SEBUAH KEJAYAAN. KEJAYAAN PADA PENGANJUR, BAND-BAND YANG HADIR DAN CROWD YANG DATANG DAN BAYAR TIKET PADA HADIR TERSEBUT.
KEGAGALAN PADA PIHAK TFHM ADALAH APABILA PENGANJUR GAGAL MENJALANKAN EVENT TERSEBUT, GAGAL MENYEDIAKAN PRASARANA SEPERTI BACKLINE YANG BAGUS DAN MENGURUSKAN WAKTU PERSEMBAHAN DAN BAND. ITU PADA KAMI MERUPAKAN KEGAGALAN SEBENAR WALAUPUN JUMLAH KEHADIRAN CROWD ADALAH RAMAI.
DALAM ERTIKATA LAIN, KEGAGALAN BERBEDA DAN BERGANTUNG PADA DEFINISI DAN OBJEKTIF PENGANJUR EVENT TERSEBUT.
21 - Peredaran zaman yang semakin maju menampakkan beberapa perubahan produk dari band. Contohnya band2 baru lebih gemar menghasilkan produk berbentuk digital yang hanya boleh didapati melalui i-tunes, malah ada juga yang sekadar merilis material secara percuma dengan membuat free streaming melalui medium2 seperti youtube, bandcamp dan seangkatan. Pada TFHM adakah fizikal copies (CD, tape, vinyl) sudah tidak relevan untuk zaman sekarang?
PADA TFHM DAN BAND-BAND DIBAWAH NAUNGAN TFHM, KAMI MENGGALAKAN AGAR FIZIKAL RILIS PERLU ADA SELAIN DARI MENGGUNAKAN MEDIUM DIGITAL. HASIL FIZIKAL MERUPAKAN SUATU DOKUMENTARI YANG SEBAIK-BAIKNYA DAN MASIH SANGAT RELEVAN. TIDAK SEMUA PENGGEMAR MUSIK MEMINATI MUSIK DI ALAM DIGITAL.
SEPERTI SEKARANG, LP/VINYL IS MAKING A COMEBACK. SEMUDAH ITU DAN RAMAI DARI KITA MENCARI BUNYI ANALOG KERANA THE IMPERFECTION OF THE SOUND THAT ANALOG MADE, IS ACTUAL THE PERFECT MUSIC THAT WE WANT TO HEAR.
22 - Music bawah tanah secara am nya mendapat tanggapan negatif dari mereka2 yang malas berfikir. Juga insiden2 bodoh seperti gejala Black Metal seperti yang diwarwarkan media massa. Apakah usaha TFHM dalam menangani permasalahan ini?
PERSEPSI TENTANG PERGERAKAN MUSIK INDEPENDENT ATAU BAWAH TANAH/UNDERGROUND TETAP AKAN DICURIGAI. KITA SEBAGAI PENGGGERAK SEBENARNYA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENUNJUKAN DAN MEMBUKTIKAN TENTANG ADANYA POSITIVE MOVEMENT DI DALAM SCENE KITA, KALAU KITA NAK KIRA ANASIR NEGATIF, SCENE CLUB DAN RAVE MUSIK JUGA PUNYA ANASIR NEGATIF SEPERTI DADAH, PERGAULAN BEBAS DAN YANG SEPERTINYA, IANYA TIDAK HANYA ADA DI DALAM SCENE GERAKAN MUSIK UNDERGROUND. INI SATU STEREOTYPE YANG SANGAT TIPIKAL. SECARA AMNYA INI ADALAH KERANA MUSIK DAN BAWAAN KITA YANG KURANG DIFAHAMI DAN BERSIFAT REBELLIOUS.
SEBAGAI PENGANJUR DAN EMPUNYA LABEL DAN BAND YANG BERNAUNG DI BAWAH TFHM, KAMI SELALU MENGGALAKAN SHARING OF INFORMATION, SEMANGAT HORMAT MENGHORMATI DENGAN ORANG-ORANG YANG BERADA DI SEKITAR PERGERAKAN KITA SEPERTI DI VENUE GIG, ADANYA PENGUSAHA LAIN SEPERTI MAKANAN, SUPERMARKET, MAKA KITA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENUNJUKAN BAHAWA KITA INI SEPERTI MEREKA YANG LAIN. MUNGKIN CARA KITA BERPAKAIAN TIDAK SAMA, MUSIK KITA DENGAR TIDAK SAMA, TETAPI, KITA MASIH PUNYA HARGA DIRI DAN MENGHORMATI ORANG LAIN YG BERADA DI PERSEKITARAN KITA DAN SEKITAR TEMPAT AKTIVITI KITA.
APA YANG SELALU KAMI LAKUKAN ADALAH BERGAUL DAN BERCAMPUR DENGAN MEREKA YANG TIDAK ADA DI DALAM SCENE KITA. DI SINI, KITA DAPAT BERKONGSI INFORMASI, OBJEKTIF DAN WAWASAN DI DALAM MENJALANKAN AKTIVITI KITA. JADI APA BILA MEREKA FAHAM DAN MENGERTI AKAN GERAKAN MUSIK INDEPENDENT, MUNGKIN KITA SECARA BERPERINGKAT DAPAT MENGHILANGKAN RASA CURIGA ATAU SIKAP TIDAK SENANG MEREKA TERHADAP JENISAN MUSIK YANG KITA BAWA.
23 - Harapan TFHM berkenaan scene music berat tempatan?
HARAPAN KAMI ADALAH UNTUK SCENE TEMPATAN KITA BERKEMBANG DAN TERUS BERGERAK MAJU KEHADAPAN. KALAU KITA LIHAT SCENE LUAR SEPERTI BANDUNG, JAKARTA, BANGKOK, TAIWAN DAN INDIA, THEY ARE COMING UP AND SOME OF THEIR BAND IS ABLE TO PERFORM IN BIG EVENT SEPERTI BAND DARI INDIA PERFORM DI WACKEN 2014, BURGERKILL MENDAPAT AWARD DARI METAL HAMMER DAN TAHUN INI, GODLESS SYMPTOM MENDAPAT PELUANG TERSEBUT. ACARA MEREKA DI REVIEW OLEH MAJALAH ANTARABANGSA.
SIMPLE POINT YANG SAYA SEMPAT BELAJAR KETIKA BERADA DI BANDUNG BERSAMA WYNKEN DELIRIUM DAN TFHM UNTUK HELLPRINT OPEN AIR 2013 YANG DIHADIRI LEBIH DARI 50,000 PENONTON. THE KEY WORD ADALAH BERSATU, UNITE AND UNITY IN THE SCENE.
24 - Kata2 terakhir dari TFHM kepada pembaca yang membaca sesi temubual ini?
PERTAMA SEKALI, TERIMA KASIH BUAT DTE KERANA SUDI MEMBERIKAN KAMI RUANG DAN PELUANG UNTUK MENJAWAB 23 SOALAN YANG PADU. PERLU BERFIKIR SEBENARNYA UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN TERSEBUT. MAKA MAAF JUGA KERANA MENGAMBIL MASA YANG AGAK LAMA UNTUK MENJAWAB. SEBAB KAMI DI TFHM TIDAK MAHU SEKADAR MENJAWAB SOALAN TANPA ADA ISI ATAU INPUT YANG BOLEH DIKONGSI.
SEMOGA SEDIKIT PERKONGSIAN INI AKAN MEMBERIKAN SESUATU INFO/INPUT BUAT SEMUA YANG SUDI MEMBACA. APAKAH INI MUKTAMAD ATAU CARVE IN STONE KINDA ANSWER. DEFINITELY NOT. IT ABOUT REVOLUTION AND MAKING CHANGES. ITULAH SEBAB KATA-KATA ATAU MOTTO TFHM ADALAH RE-ENGINEERING REVOLUTION. WE HAVE TO MAKE THE CHANGE IF WE WANT OUR SCENE, OUR MUSIC AND OUR BANDS TO BE RESPECTED.UNITY, BROTHERHOOD & METAL IS VERY MUCH RELEVANT AND VERY TRUE. SAMADA KITA SUKA ATAU TIDAK, APABILA KITA BERPECAH BELAH DAN SALING MEMANDANG SESUATU GERAKAN DAN MUSIK ATAU BAND DENGAN PANDANGAN SINIS, KITA TIDAK AKAN MAMPU BERGERAK KE DEPAN. TIDAK MEMINATI SESUATU MUSIK TIDAK BERMAKNA KITA BERHAK MENGHINA ATAU MEMPERLEKEHKAN, REMEMBER, OUR MUSIC IS ALSO BEING RIDICULE BY THE PEOPLE WHO DO NOT LIKE AND DON’T UNDERSTAND US SUCH AS MAINSTREAM MEDIA AND MUSIC MOVEMENT. SO, APA BEZANYA KITA BILA KITA BERTINDAK SAMA DENGAN APA YANG MEREKA BUAT.
LASTLY, WORK HARD, PLAY AS MUCH SHOWS AS YOU CAN, BE HUMBLE AND BE CREATIVE. IN SHAA ALLAH, SELAGI NIAT KITA BAIK, BAIK LAH JUGA HASIL NYA DAN BEGITULAH JUGA SEBALIKNYA. MAJU TERUS MUSIK INDEPENDENT MALAYSIA.
- UNITY, BROTHERHOOD & METAL -
Ok bagaimana? Kami di DtE harap pendengar music, pengunjung gig serta pencinta music dapat support apa yang dilakukan TFHM kerana gua rasa x ramai umat manusia berwarganegara Malaysia yang agak berani dalam menghasilkan apa yang telah, sedang dan akan TFHM lakukan ini. Sebagai pengakhiran gua rasa kita semua perlu beri peluang dan berfikiran positif dengan apa yang di lakukan TFHM. Support!!!!
http://dissectingtheeuphony.blogspot.com/2014/08/interview-four-horseman-malaysia-tfhm.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar