Jumat, 27 Maret 2015

Kisah mafla ultrasel Poland.




Kisah mafla Poland.
Insepsi projek mafla ini terlahir dari keperluan ultraSel untuk memulakan era baru, setelah 2 tahun dilanda konflik dalaman. Setelah panjang dibincang, semua orang sepakat untuk buat mafla yang lain dari yang lain. Yang belum pernah dilihat di Malaysia. Bahkan uS terlebih dahulu punya mafla jenis ini berbanding ibu sawat UM'07. Permulaan projek ini juga menandakan titik permulaan komrads uS berkerja sebagai satu unit yang kohesif. No drama. No bullshit. Just Love.

langkah dibuka artisan lagenda bernama Hud. Design dibuat oleh beliau dengan cepatnya diapprove oleh komrads. Mana taknya, cantik gile weh design. Langkah seterusnya ialah cari supplier, habis satu Malaysia pusing tak jumpa kedai yang boleh buat. Memang tak ada kat Malaysia time tu. Sampailah terjumpa contact di website PGwear Ultras Shop. Marcin namanya. Orang Poland. Nama je mat salleh, tapi english dia lagi beterabur dari choreo uS tahun 2012 (mujur choreo sekarang dah cukup bagus untuk masuk TIFOtv berkali-kali. Heheh). So komunikasi dengan Marcin ni memang mencabar. Contact pakai email je. Setiap soalan diaju, biasanya seminggu lebih baru berbalas. Berjela ditanya, sepatah dijawabnya. Kadang2 faham... Kadang2 buat2 faham. lepas sebulan lebih back and forth, ingat dia dah start buat, rupa-rupanya ada lagi detail yang diperlukan selain design Hud, contoh macam thread count, warna tassel (rambu2 kat tepi tu) dan sebagainya. Hud bagi aku decide. Terharu jugak artis bagi green light dekat aku untuk buat decision. Salah satunya ialah sebab time tu dah nak dekat AFF, Hud dah start busy dengan TIFO. Lepas dah finalize design, sampailah time nak buat payment. PayPal tak ada, credit card block transaction ke unsecured recipient, terpaksalah buat international interbank transfer. Benda yang technical macamni, berhubung dengan orang Poland, macam ayam cakap dengan itik panggang. Ada jugak rasa time ni nak give up, tapi komrads semua bagi sokongan dan bantuan untuk teruskan. Kelakar la jugak time ni, bila kat stadium aku bergelut dengan pak polisi berebut panji, sorang dua je yang backup aku. Bab mafla banyak pulak backup. Haha. Tapi aku dengar sekarang ni ultraSel dah ada black unit yang digeruni. Sampai tak ada uniform yang berani masuk Curva. Bagus. Sebab Howard Zinn cakap; "Civil obedience is a form of mental illness". F the police.

Hampir 6 bulan berselang, tiba2 dapat call dari Hud yang sangat excited' "Joe. Dah sampai." pendek je cakapnya. Maka tersangat happy lah kami2 ni dapat mafla yang sangat didambakan selama ni. Pada masa yang sama, port asal ultraSel dari Gate 15 dah berpindah ke Curva hijau. Banner utama Gate 15 hitam yang uS pakai dari mula dulu dah tak boleh dipakai lagi. uS perlukan banner utama yang baru. Dengan cepatnya aku cadangkan design mafla kesayangan aku ni diangkat sebagai design Banner utama ultraSel. Cadangan aku diterima. Sekali-sekala aku jenguk gambar2 dan video2 Curva uS di pelbagai media outlet, dapat dilihat kelibat banner tu. Senyum sikit every time nampak banner tu. Selain dari pergi awaydays dengan musibat2 Saigon yang lain, mafla dan banner ini ialah memori yang paling outstanding bagi aku dengan uS.

Dah jauh dah perjalanan korang ni. Sekarang aku yakin korang boleh pergi lagi jauh. Aku dengan senang hatinya boleh let go sekarang. My family needs me more. ultraSel akan tetap gagah tanpa satu2 individu. Yang penting ialah generasi baru. Dengan ini, aku nak melepaskan mafla Poland kesayangan ini. Aku taknak bagi free, sebab aku nak ia dihargai. Kalau anda seorang komrad ultraSel, dan anda rasa anda mahu memiliki mafla ini, jangan malu jangan segan, PM lah aku.

"The hardest part is letting go.
Thank God for good memories of good friends."

Red & Yellow Till I Die.
Fariz Joe Irfan

#ultraSel #u5Anniversary
 

1 komentar: