Aku hanya manusia berusaha
segala natijah perbuatan Yang Esa
gerak geriku pemberian-Nya
segala kelebihan kurniaan Dia
Aku hanya manusia berusaha
segala kudratku anugerah Dia
deras ilmuku kasih sayang Yang Mengetahui Segala
segala gemerlapanku cinta-Nya
Aku hanya manusia berusaha
tidakku susun kehidupan ini bagaimana akhirnya
bukan kuatur menjadi bahagia mahupun celaka
yang kupilih hanyalah berusaha
dan terus percaya kepada-Nya
Aku hanya manusia berusaha
kehebatanku adalah titisan-Nya
kecemerlangan hidupku ujian-Nya
bukan di tanganku natijah perkara
telapak tanganku hanya ada usaha
Aku hanya manusia berusaha
menjalankan tanggungjawabku sebagai manusia
Di tangan-Nya segala keputusan perkara
memberikan natijah adalah kekuasan-Nya
Aku hanya manusia berusaha
itu tugasanku di atas dunia.
~angkasa
10.18pm
10 April 2010
Lagu Tika Masanya
Puisi AKu Hanya Manusia Berusaha.
Mulianya seseorang kerana usahanya…usaha utk menimba ilmu…usaha utk berbakti…usaha utk menjadi hamba…usaha utk menjulang agama..
andai tlh berusaha…tp tidak berjaya dlm peperiksaan..
andai tlh berusaha…tp tidak mampu utk membantu..memberi..
andai tlh berusaha…tp iman kerap turun & naik…
andai tlh berusaha…namun tiada daya…
ingatlah wahai insan itu kerjaNya…nilai kita ada pd usaha…
“we dO the best and let Him decides the best” ~ He knOws~
Tidak ada komentar:
Posting Komentar